NEW DELHI, 22 Feb – Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh dalam kebakaran besar yang berlaku di sebuah unit perkilangan yang berhawa dingin di bandar selatan India, Hyderabad awal pagi hari ini, kata seorang pegawai polis kanan.
“Kebakaran berlaku sekitar 5 pagi waktu tempatan (1130 GMT Selasa) apabila mangsa dan semua pekerja sedang tidur dalam unit tersebut di Attapur sebelum mereka menyedari apa yang telah berlaku. Kesemua mangsa rentung dalam kebakaran tersebut,” katanya. Semua mangsa terdiri dalam kalangan jiran timur negeri India, Odisha. – Xinhua