TOKYO, 8 Mei – Enam orang terbunuh dalam kebakaran yang memusnahkan sebuah bangunan pangsapuri di Kitakyushu, wilayah Fukuoka di barat daya Jepun, lapor media tempatan hari ini.
Lima lelaki yang lain telah dibawa ke hospital dan dirawat akibat terhidu asap tebal, tetapi keadaan mereka telah digambarkan sebagai tidak mengancam nyawa, menurut laporan tempatan. Anggota bomba pada mulanya dimaklumkan bahawa berlakunya kebakaran di bahagian bumbung bangunan dan mereka mengambil empat jam untuk memadamkan, lapor media tempatan. Bomba berkata bahawa bangunan dua tingkat dan rumah bersebelahannya juga mengalami kerosakan teruk dalam kebakaran itu. – Xinhua