JAKARTA, 29 OKT – Enam orang ditemukan maut dalam kejadian tanah runtuh di lombong emas di daerah Kotawaringin Timur, wilayah Kalimantan Tengah, kata ketua agensi perlindungan awam tempatan, Rihel Magat.
Insiden itu berlaku kira-kira 12 tengah hari waktu tempatan pada Khamis, ketika 11 pelombong sedang menjalankan kerja-kerja melombong, kata Magat lapor Xinhua memetik agensi berita Antara.
Beliau berkata kejadian itu berkemungkinan disebabkan hujan lebat.
“Mayat mangsa kini masih berada di tempat kejadian. Anggota penyelamat termasuk anggota polis sedang dalam perjalanan ke lokasi. Keluarga mangsa telah dimaklumkan mengenai kejadian itu,” katanya. – Bernama