KUNMING, 6 Nov – Sebuah kereta yang terbabas dan jatuh ke dalam takungan di barat daya wilayah Yunnan China, membunuh enam orang dan mencederakan seorang daripadanya, kata pihak berkuasa tempatan kelmarin.
Kemalangan itu berlaku pada pukul 7:24 pagi Sabtu, menurut kerajaan tempatan Wilayah Yanjin.
Kesemua tujuh penumpang itu diselamatkan dan dibawa ke hospital, di mana enam orang daripadanya dilaporkan meninggal dunia akibat kecederaan yang mereka alami. – Xinhua