Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    6 maut minum arak haram di Thailand

    BANGKOK, 28 OGOS – Sekurang-kurangnya enam orang maut dan lebih 20 orang telah dimasukkan ke hospital di Thailand selepas meminum arak haram bercampur metanol, kata pihak berkuasa hari ini.

    Kematian berlaku terutamanya di daerah Khlong Sam Wa di pinggir barat laut Bangkok, di mana pihak berkuasa menemui 19 kedai arak haram di tepi jalan, kata pentadbiran ibu negara Thailand itu.

    Enam orang telah meninggal dunia di hospital dan 22 lagi dalam keadaan kritikal pada pagi hari ini, kata Pentadbiran Metropolitan Bangkok dalam satu kenyataan.

    “Selepas minum, ayah saya berkata simptom-simptom mengingatkannya kepada refluks gas, dan perkara seterusnya yang dia ingat, dia berada di ICU,” kata salah seorang ahli keluarga mangsa kepada penyiar awam ThaiPBS.

    Somwang Chaiprakraiwan, pegawai tertinggi tempatan di daerah Khlong Sam Wa, berkata bahawa pihak berkuasa telah bertindak keras ke atas kedai-kedai arak haram di kawasan
    itu.

    “Polis dan jabatan eksais telah menangkap dan menahan mereka,” kata Somwang kepada AFP.

    Arak terlarang sering dibubuh metanol untuk meningkatkan keberkesanannya. Jika tertelan, metanol boleh menyebabkan buta, kerosakan hati dan kematian. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda