Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    6 maut pesawat terhempas, rempuh bangunan kediaman

    NAIROBI, 8 OGOS – Pihak berkuasa tempatan mengesahkan sebuah pesawat terhempas di Kenya kelmarin, mengorbankan enam nyawa. 
     
    Agensi Anadolu melaporkan pesawat milik AMREF Flying Doctors itu terhempas di daerah Kiambu, Kenya dan merempuh sebuah bangunan kediaman ketika nahas berlaku.
     
    Pesuruhjaya Daerah Kiambu, Henry Wafula berkata mangsa di dalam pesawat terdiri daripada juruterbang, dua jururawat dan seorang doktor.
     
    Dua penduduk bangunan yang terlibat turut maut, katanya kepada pemberita.
     
    Ketua Polis Daerah Kiambu, Maurice Odanga mengesahkan jumlah korban dan memaklumkan siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kemalangan.
     
    Rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan kepulan asap hitam tebal dari lokasi nahas. Pasukan penyelamat dilihat bertungkus-lumus melakukan kerja menyelamat di tengah-tengah kebakaran, serpihan pesawat dan debu.
     
    Identiti kesemua mangsa masih belum didedahkan. – Bernama
     
    Anggota penyelamat berada di lokasi pesawat perubatan Kenya terhempas di pinggir bandar Nairobi pada 7 Ogos. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda