6 maut tanah runtuh, 26 lagi hilang di Nepal

KATHMANDU, NEPAL, 13 SEPT – Tanah runtuh dicetuskan oleh hujan berterusan di tiga kampung Nepal hari ini telah mengorbankan enam orang sementara 26 lagi dilaporkan hilang dan dipercayai tertimbus dalam runtuhan, kata para pegawai.

Para penyelamat dan penduduk di daerah Sindhupalchowk, kira-kira 120km timur bandar, Kathmandu, telah menarik enam mayat yang tertimbus di bawah rumah dan mencari yang lain, kata pentadbir kerajaan, Baburam Khanal. Tanah runtuh sering terjadi di pergunungan Nepal semasa musim hujan monsun yang biasanya berakhir pada September.

Menurut Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, kematian berkaitan monsun tahun ini telah mencecah 351 dengan 85 lagi hilang. – AP