WASHINGTON, 29 OGOS – Polis di bandar Detroit, Amerika Syarikat (AS) pada Ahad telah menangkap seorang suspek yang dipercayai menembak empat orang secara rambang, membunuh tiga daripada mereka, kata pihak berkuasa.
Ketua polis bandar Midwestern, James White, memberitahu media bahawa tiga mangsa pertama iaitu dua orang wanita dan seorang lelaki telah ditemui ditembak beberapa kali di lokasi berasingan di sekitar Detroit pada awal pagi.
Mangsa keempat melihat suspek mengintip ke dalam cermin kereta lalu menyuruhnya berhenti, kata White. Suspek menembaknya sekali. Tiga daripada mangsa maut dan seorang terselamat, polis memberitahu media tempatan.
Tembakan itu diklasifikasikan sebagai tembakan rambang, kata White pada sidang akhbar. “Mangsa pertama sedang menunggu di dalam bas, manakala mangsa kedua sedang berjalan dengan anjingnya, dan mangka ketiga hanya berada di jalanan ketika ditembak,” katanya.
Sekitar jam sembilan malam waktu tempatan, Datuk Bandar Detroit Mike Duggan mengumumkan bahawa suspek telah ditemui dan kini di bawah tahanan polis. “Kami mendapatkannya,” kata Duggan dalam melalui ciapan Twitter. “Dengan bantuan maklumat kritikal daripada masyarakat dan sokongan kuat daripada penguatkuasaan undang-undang, pegawai polis Detroit menahan suspek hari ini tanpa sebarang insiden.”
Tembakan di Detroit bukanlah satu-satunya insiden keganasan senjata api yang melibatkan kematian di AS yang berlaku pada hari Ahad. Pihak berkuasa di bandar Texas Houston berkata bahawa tiga orang ditembak mati oleh seorang lelaki bersenjata yang mula-mula membakar rumah mereka.
“Suspek ini malangnya dan sangat menyedihkan membakar beberapa kediaman, menunggu penduduk itu keluar lalu menembak mereka,” kata ketua polis Houston Troy Finner pada sidang akhbar lain. Anggota bomba yang menangani kebakaran juga terpaksa berlindung daripada lelaki bersenjata itu, katanya. Polis kemudian tiba dan menembak mati lelaki itu. – AFP
