NAIROBI, 31 MAC – Enam dari 54 buah negara di Afrika antara negara di dunia yang belum melaporkan sebarang kes koronavirus.
Pandemik global telah disahkan hampir ke semua negara, tetapi untuk segelintir negara pulau kecil, negara yang bergolak dengan peperangan Yaman, dan Korea Utara yang terpencil.
Di Afrika, pihak berkuasa memberitahu mereka diselamatkan oleh kurangnya kemasukan di negara itu, tetapi sebahagian risau kerana kekurangan alat untuk membuat ujian telah menyembunyikan keadaan sebenar.
Negara di Timur Afrika hampir tidak wujud kerana perang saudara selama enam tahun dan tahap kebuluran serta penyakit yang tinggi, infrastruktur yang kurang, pemerhati risau virus tersebut mungkin menular.
Doktor Angok Gordan Kuol, salah seorang yang berkuasa untuk menentang virus tersebut, berkata negara tersebut hanya memiliki 12 peralatan ujian, tiada seorang pun disahkan positif.
Dia berkata virus tersebut tidak tersebar ke Selatan Sudan mungkin disebabkan oleh kurangnya trafik udara dan perjalanan ke negara itu.
Selatan Sudan telah menutup sekolah-sekolah, melarang perhimpunan seperti perkahwinan dan mengantungkan penerbangan dari negara-negara yang paling teruk terjejas. Perniagaan yang kurang penting turut diarah tutup dan perjalanan disekat.
Di Burundi, yang bersiap sedia untuk pilihan raya Mei ini, pihak berkuasa berterima kasih kepada intervensi kerana tiada kes tersebut.
“Terdapat sifar kes di Burundi kerana kami tiada peralatan untuk membuat ujian,” seorang doktor Burundi berkata.
Sao Tome dan Principe – sebuah negara pulau kecil yang dilindungi oleh hutan hujan- melaporkan tiada kes jangkitan kerana tidak dapat melakukan ujian, menurut wakil WHO, Anne Ancia.
Manakala jurucakap kementerian kesihatan Malawi, Joshua Malango, berkata Malawi mungkin tidak akan mencatatkan sebarang kes COVID-19 kerana kekurangan peralatan.
Negara Lesotho, yang mempunyai satu juta penduduk, mengarahkan perintah berkurung meskipun tidak mencatatkan sebarang kes.
Negara pulau Comoros, terletak di antara Madagascar dan Mozambique, belum mengesan sebarang kes COVID-19, menurut kementerian kesihatan. – AFP