Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 4 NOV – Enam pemenang wanita telah menerima ganjaran dalam Promosi Only Ladies will Get It yang dianjurkan oleh Bank Baiduri pada majlis yang berlangsung di Atrium, Ibu Pejabat Bank Baiduri di Gadong, hari ini.
Hadir menyampaikan hadiah kepada pemenang ialah Ketua Peniagaan Kad, Davern Lim.
Enam pemenang wanita itu, Helena Chin Mei Ling, Liang Muh Lan, Lim Suan Ling, Hajah Salwa binti Haji Mohd Tahir, Yee Moi Fung dan Ong Huey Jiuan.
Pemegang kad yang membelanjakan $50 menggunakan Kad Kredit Baiduri Platinum dan Infinite serta Kad Debit Prestige Mastercard World semasa tempoh promosi berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah berupa rawatan kecantikan, pakej keahlian dan baucar membeli-belah.
Ketua Perbankan Runcit bank berkenaan, Lim Kian Chiong menjelaskan, “Dalam mengiktiraf keperluan dan keutamaan khusus segmen pelanggan yang berbeza, kami menyusun pakej yang disesuaikan dengan demografi yang semakin menonjol dalam ruang runcit ini.”


