THESSALONIKI, 27 OGOS – Enam pendatang terbunuh dalam kemalangan di utara Greece semalam apabila penyeludup yang cuba mengelak daripada dikesan, menyebabkan kenderaan dinaiki mereka terbalik, kata sumber polis.
Kenderaan itu, yang membawa 16 lelaki keseluruhannya, terbabas dan terbalik apabila penyeludup cuba mengelak pos pemeriksaan polis berhampiran sempadan dengan Turki.
Polis tidak memberikan maklumat mengenai identiti atau negara asal mangsa.
Enam disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital diAlexandroupoli, dengan mangsa ketujuh dimasukkan ke wad kerana mengalami kecederaan serius.
Penyeludup warga Bulgaria dan Algeria, melarikan diri selepas kemalangan tetapi berjaya ditahan, kata sumber. — AFP