Friday, March 31, 2023
27.2 C
Brunei

-

6 pengadil tempatan terima lencana, blazer FIFA

Oleh Fadhil Yunus

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 MAC – Enam orang pengadil perlawanan bola sepak tempatan yang diiktiraf Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menerima lencana dan blazer FIFA semasa majlis penyampaian yang berlangsung di Dewan Kuliah, Rumah Persatuan Bola Sepak Brunei Darussalam (FABD) baru-baru ini.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah ahli Jawatankuasa Eksekutif FABD, Pengiran Haji Aliudin bin Pengiran Haji Tajudin.

Antara pengadil perlawanan yang menerima lencana sekaligus blazer pengiktirafan FIFA berkenaan adalah Abdul Hakim bin Mohd Haidi, Ali Faisal bin Rosli, Mohammad Faisal bin Ali, Raffizal bin Ramli, Amdillah bin Zainuddin dan Mohammad Nazhim bin Haji Suhaili.

Acara tersebut juga berlangsung sama dengan perlaksanaan kursus Undang-undang Perlawanan Bola Sepak anjuran FABD melalui Persatuan Pengadil Bola Sepak dan Futsal sebagai persiapan menghadapi Liga Super Brunei 2023 yang akan datang.

Para pengadil tempatan bergambar ramai semasa acara berkenaan. – Gambar serahan FABD
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Otai impi meluncur ombak hingga usia 100

FUJISAWA, JEPUN, 30 MAC – Seorang warga emas membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk melakukan pelbagai aktiviti lasak seperti meluncur ombak. Seiichi Sano mula meluangkan...
- Advertisment -