Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    6 projek pertanian akan dilaksanakan di Labuan

    LABUAN, 21 Feb – Sekurang-kurangnya enam projek pertanian melibatkan peruntukan sebanyak RM423,100 akan dilaksanakan di sini tahun ini, kata Pengarah Jabatan Pertanian Labuan, Mohd Jurijh Abdullah Fauzi.

    Beliau berkata projek melalui pemberian insentif pertanian kepada petani itu melibatkan 896 peserta, bertujuan meningkatkan produk berasaskan pertanian, selain untuk menampung permintaan yang semakin meningkat di pulau bebas cukai ini.

    “Projek-projek termasuk penanaman semula buah-buahan terpilih, program tembikai berkelompok, projek transformasi tapak semaian dan hiasan tumbuhan serta Program Pengukuhan Amalan Pertanian Baik (MyGAP),” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

    Beliau berkata jabatannya juga merancang untuk membangunkan semula Projek Pertanian Kilan yang sedia ada menerusi program pengindahan.

    “Ini adalah sebahagian daripada rancangan kami untuk membangunkan model pertanian bandar, selain  pemeliharaan lebah kelulut, pembiakan ikan air tawar dan penanaman nurseri,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda