Tuesday, March 18, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    6 sertai perkhemahan di M’sia

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 OGOS – Sekumpulan enam orang ahli Persatuan Pandu Puteri Brunei Darussalam (PPPBD) telah berlepas meninggalkan Negara Brunei Darussalam, hari ini, untuk menyertai Perkhemahan Antarabangsa Brownies Lead 2019 yang berlangsung di Jugra Lakeview, Banting, Mukim Kelanang, Selangor, Malaysia.

    Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei untuk mengucapkan selamat belayar kepada kumpulan berkenaan ialah Ketua Pesuruhjaya PPPBD, Hajah Siti Hafsah binti Haji Abdul Halim, Timbalan Ketua Pesuruhjaya PPPBD, Hajah Viviyanti binti Haji Aji, penolong-penolong ketua pesuruhjaya dan pesuruhjaya, ahli-ahli persatuan serta ibu bapa dan keluarga rombongan.

    Kumpulan berkenaan terdiri daripada dua orang ahli Pandu Puteri Tunas dari Sekolah Rendah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (SR YSHHB), dan empat orang ahli Pandu Puteri Tunas dari Sekolah Rendah Berakas Garrison iaitu Dayang Sarah Elyana binti Mohd Fairuz, Dayang Nureen Ameera As-Syifa binti Ahmad Hartunnoo Suharddy, Dayang Nurul Faten Nazurrah binti Daud dan Dayang Aiyshah Amal Najibah binti Sahrol.

    Selain itu, rombongan turut disertai dua orang pemimpin iaitu Setiausaha Kegiatan dan Antarabangsa PPPBD, Dayang Kaniz binti Abdul Shakoor dari SR YSHHB selaku ketua rombongan dan pemimpin Pandu Puteri dan Pandu Puteri Tunas, Dayang Idayu binti Haji Ismail.

    Perkhemahan anjuran Persatuan Pandu Puteri Malaysia itu berlangsung selama empat hari bermula esok hingga 1 September yang mana ia bermatlamat untuk membina persahabatan dan mengeratkan perhubungan antara peserta Pandu Puteri Tunas dan pemimpin-pemimpin seluruh dunia.

    Selain itu, ia menyediakan platform bagi ahli-ahli Pandu Puteri Tunas untuk belajar memimpin dan berkongsi idea inovatif serta mempromosi persefahaman, sifat setia kawan dan kerjasama antarabangsa sebagai warganegara global yang bertanggungjawab, di samping keseronokan menimba pengalaman membuat aktiviti yang bermanfaat dan mengenali sahabat baru.

    Hajah Siti Hafsah (empat, kiri) bergambar ramai bersama rombongan PPPBD yang menyertai Perkhemahan Antarabangsa Brownies Lead 2019.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda