6 tentera Afghanistan maut di Ghazni

GHAZNI, 10 DIS – Sekumpulan pemberontak bersenjata memintas sebuah kereta di timur wilayah Ghazni sebelum menembak mati enam anggota tentera Afghanistan pada Isnin, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan jurucakap kerajaan wilayah itu, Aref Nuri, pada hari ini.

Tentera terbabit, menurut pegawai itu, sedang dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing untuk bercuti ketika pemberontak Taliban menghentikan kenderaan mereka di daerah Andar dan membunuh mereka kerana berkhidmat dalam tentera kebangsaan.

Militan Taliban belum mengeluarkan sebarang kenyataan.

Kumpulan pemberontak bersenjata itu turut mendakwa melancarkan satu serangan bom kereta yang menyebabkan lapan anggota tentera maut di daerah Nad Ali dalam kawasan kejiranan Helmand kelmarin. – Bernama