Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    6 terbunuh pergaduhan di penjara Filipina

    MANILA, 11 JAN – Enam orang bandu-an terbunuh dan 33 cedera dalam pergaduhan di sebuah penjara yang sesak di Filipina, pihak berkuasa berkata hari ini, dalam insiden kedua seumpamanya dalam beberapa minggu.

    Pergaduhan yang membawa maut itu berlaku kelmarin antara geng bermusuh di Penjara Bandar Caloocan, Wilayah Ibu Negara Nasional, menurut jurucakap Biro Pengurusan Penjara dan Penologi, Xavier Solda.

    Satu siasatan sedang dijalankan terhadap punca keganasan yang Solda katakan bermula sebagai perkelahian antara dua orang banduan sebelum yang lain menyertainya. Tidak jelas mengenai senjata-senjata yang digunakan.

    Tegahan ke atas lawatan-lawatan keluarga sejak permulaan pandemik mungkin menjadi faktor, Solda berkata.

    “Sudah hampir dua tahun kami tidak menerima kunjungan fizikal di kemudahan disebabkan COVID-19, jadi kami tidak mengetepikan sudut bahawa ini mungkin salah satu sebab kenapa banduan lain menyertai pergaduhan antara dua PDLs (orang yang tidak mendapat kebebasan),” Solda memberitahu AFP.

    Keselamatan telah ditingkatkan untuk mengawal keadaan di kemudahan berkenaan, tambah beliau.

    Keganasan biasa berlaku di penjara-penjara Filpina di mana infrastruktur yang tidak mencukupi dan sistem kehakiman yang perlahan dan terlebih beban bermakna sel-sel kadangkala dihuni hingga lima kali ganda daripada kapasitinya.

    Kira-kira 1,900 orang banduan bersesak-sesak dalam Penjara Bandar Caloocan yang direka bagi menampung kurang daripada 200 orang, Solda berkata.

    Insiden terkini itu berlaku selepas satu pergaduhan di Penjara Bilibid Baharu di ibu negara pada 2 Januari yang menyebabkan dua orang terbunuh dan 14 cedera. – AFP

    Gambar daripada Biro Pengurusan Penjara dan Penologi – Wilayah Ibu Negara Nasional (BJMP-NCR), kelmarin, menunjukkan ahli-ahli pasukan Senjata dan Taktik Khas (SWAT) polis mengawal premis berkenaan selepas pergaduhan membawa maut antara geng-geng bermusuh yang membunuh enam orang dan mencederakan 33 yang lain di Penjara Bandar Caloocan, subbandar Manila. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...