Wednesday, October 23, 2024
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    6 terperangkap dalam runtuhan lombong arang batu

    SHIJIAZHUANG, 23 OKT – Enam pekerja lombong terperangkap selepas lombong arang batu runtuh pada awal pagi tadi di wilayah Hebei, utara China, menurut syarikat perlombongan tersebut.

    Runtuhan itu berlaku pada jam 4:37 pagi di anak syarikat Qianjiaying, milik Kailuan (Group) Limited Liability Corporation, sebuah syarikat perlombongan arang batu milik negara yang besar di Hebei, menurut kenyataan kumpulan itu di akaun rasmi WeChat.

    Anak syarikat Qianjiaying terletak di Daerah Fengnan, bandar Tangshan. Pasukan penyelamat sedang berlumba bertungkus-lumus untuk menyelamatkan pekerja lombong yang terperangkap tersebut. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda