Sunday, April 13, 2025
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    6 warga China disahkan maut dalam gempa bumi Myanmar

    YANGON, 9 APRIL – Kedutaan China di Myanmar mengesahkan hari ini bahawa setakat pukul 11 pagi waktu Beijing, gempa bumi kuat yang melanda Myanmar telah mengakibatkan enam warga China maut dan 13 lagi cedera, lapor Xinhua.

    Menurut kenyataan Pasukan Maklumat Majlis Pentadbiran Negara Myanmar, angka korban akibat gempa bumi berukuran 7.9 magnitud itu meningkat kepada 3,645 orang setakat 6 petang waktu tempatan kelmarin, dengan 5,017 cedera dan 148 masih hilang. – Bernama

    Seorang anggota penyelamat berjalan melewati jentera pembinaan berat yang digunakan untuk membersihkan runtuhan di lokasi bangunan runtuh di Mandalay pada 5 April 2025. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda