Saturday, April 26, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    60 ahli PAPDA, anak yatim terima sumbangan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 APRIL – Seramai 60 orang ahli Persatuan Orang-orang Berkerusi Roda dan Cacat Anggota (PAPDA) dan anak-anak yatim di kawasan Daerah Brunei dan Muara telah menerima sumbangan dan keperluan makanan asasi daripada Badan Amal Bangladesh Brunei dalam Program Berbagi Rezeki di Dewan Serbaguna, Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Kiarong, hari ini.

    Sumbangan disampaikan oleh Presiden Badan Amal Bangladesh Brunei, Mohd Hasanur Islam yang juga pengarah urusan Hassanur Jaya Sdn Bhd dan Ketua Canselori dari Suruhanjaya Tinggi Bangladesh, Jelal Hossain.

    Dalam ucapan ringkasnya, Mohd Hassanur berkata bahawa program berkenaan merupakan kewajipan untuk berkongsi rezeki memberikan keperluan makanan asasi dan wang tunai dalam sama-sama memeriahkan lagi Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama mereka yang memerlukan.

    Beliau berkata, mereka akan sentiasa meneruskan objektif program amal persatuan tersebut pada masa hadapan.

    Sementara itu, Jelal Hossain pula berkata, para penerima merupakan golongan kurang berkemampuan yang memerlukan sokongan dan bantuan.

    Mohd Hasanur Islam menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda