Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    60 keluarga terima sumbangan makanan

    Oleh Siti Nur Wasimah S.

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Mei – Majlis Kesejahteraan Masyarakat (MKM) meneruskan lagi usahanya di bulan Ramadan yang mulia ini dengan menyumbangkan sebanyak 400 makanan iftar kepada lebih 60 buah keluarga yang memerlukan bantuan di negara ini.

    Pengagihan makanan iftar bagi tahun ini diadakan selama 10 hari bermula kelmarin sehingga 7 Jun nanti bertempat di Pejabat MKM, Kompleks Melabau

    Setiausaha Agung MKM, Dayang Hamidah binti Haji Lakem dalam kenyataan yang diberikan menyatakan bahawa klien-klien di bawah MKM setiap tahun semakin meningkat menurut data Legal Clinic.

    Tahun ini, projek pengagihan makanan iftar yang diadakan buat kali kedua ini turut mendapatkan sumbangan daripada penderma-penderma yang mana makanan yang disumbangkan telah dimasak oleh ahli-ahli MKM sendiri.

    Sepanjang tempoh pengagihan 10 hari ini, makanan yang disumbangkan adalah berbeza bagi setiap hari.

    Salah seorang penerima sumbangan bagi pengagihan makanan iftar.
    Salah seorang penerima sumbangan bagi pengagihan makanan iftar.
    Bergambar ramai bersama ahli-ahli MKM.
    Bergambar ramai bersama ahli-ahli MKM.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda