Tuesday, April 30, 2024
32.5 C
Brunei

    -

    60 pelajar B40 terima bantuan awal pengajian

    TUARAN, 17 APRIL – Yayasan Bank Rakyat (YBR) dengan kerjasama Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Tuaran menyalurkan RM30,000 sebagai bantuan awal pengajian kepada pelajar yang tidak berkemampuan untuk menyambung pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT).

    YBR menerusi kenyataan memaklumkan seramai 60 pelajar dalam kalangan keluarga B40 di daerah itu menerima bantuan berkenaan pada majlis penyerahan di sini hari ini, yang disempurnakan Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

    “Bantuan kewangan itu sebagai permulaan memulakan semester atau menyediakan peralatan yang diperlukan untuk meneruskan pengajian,” menurut kenyataan itu.

    Madius turut berterima kasih kepada YBR atas bantuan buat kali kedua berturut-turut dan berharap usaha itu dapat dikekalkan kerana masih ramai yang memerlukan bantuan dalam pendidikan.

    Pengerusi YBR, Datuk Phillip Benedict Lasimbang pula berkata bantuan tunai itu merupakan inisiatif bagi mengurangkan bebanan kos sara hidup yang semakin meningkat, terutamanya mereka yang tinggal di kawasan pedalaman. – Bernama

    Gambar Nabalu Bews
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun nafi akan berundur atas kekalahan partinya dalam pilihan raya...

    TOKYO, 30 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida berkata pada hari ini kekalahan besar parti pemerintahnya dalam pilihan raya kecil hujung minggu lalu...