Saturday, March 15, 2025
32.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    60 pelajar UTB dan UBD fahami konsep mendapan laut dalam

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 JULAI – Seramai 60 orang pelajar Universiti Teknologi Brunei (UTB) dan Universiti Brunei Darussalam (UBD) telah menghadiri Geo Masterclass yang dianjurkan oleh Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd (BSP) di Lecture Theatre 3, Kompleks Perpustakaan UTB, hari ini.

    Masterclass yang berlangsung setengah hari tersebut telah dihadiri oleh pelajar sarjana muda dan lepasan ijazah dalam program Kejuruteraan Petroleum dan pelajar UBD yang mengambil jurusan Geoscience.

    Hadir bagi menyampaikan penerangan ialah Explorationist dan SME Reservoir Geology dari BSP, David Alsop yang membahaskan pembentangan bertajuk Deep-Water Depositional Concepts di mana para pelajar diperkenalkan mengenai aliran graviti dan yang berhubung dengannya.

    Menurut David Aslop, yang mempunyai pengalaman lebih 33 tahun dalam industri petroleum dan bertugas bersama Kumpulan Shell sejak 1998, sumber petroleum di Negara Brunei Darussalam kebanyakannya datang daripada hasil takungan air yang cetek seperti mendapan permukaan pantai.

    Masterclass berkenaan antara lain bertujuan bagi meningkatkan kefahaman dalam kalangan pelajar mengenai mendapan laut dalam. Sesi Masterclass berkenaan turut diisikan dengan sesi soal jawab pada akhir pembentangan.

    Antara pelajar yang menghadiri kelas tersebut.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda