Oleh Ak Zaki Kasharan
BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Ogos – Seramai 60 orang penuntut Sekolah Hospitaliti dan Pelancongan Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) Kampus Sultan Saiful Rijal telah menyertai Bengkel Bright Ideas bermula hari ini di Dewan Kuliah, Sekolah Penerbangan, Kampus Sultan Saiful Rijal.
Pengarah Program LiveWIRE, Pengiran Redzuan bin Pengiran Haji Abbas menjadi fasilitator bagi bengkel dua hari yang bertujuan membuka minda dan memberikan pendedahan kepada para penuntut dalam bidang keusahawanan dan perniagaan.
Pada bengkel itu, penuntut akan diajar mengenai bidang keusahawanan dan perniagaan yang mana dapat membantu mereka untuk menjadi lebih berdikari seperti menjalankan perniagaan sendiri dan tidak hanya bergantung kepada kerajaan untuk menyara kehidupan setelah mereka tamat pengajian suatu hari nanti.
