Sabtu, 22 November 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    60 sertai bengkel perancangan strategik PUJA

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 JULAI – PUJA Brunei telah mengadakan Bengkel Perancangan Strategik kelmarin yang disertai oleh hampir 60 ahlinya.

    Objektif utama bengkel ini adalah untuk mendapatkan maklum balas dan cadangan daripada para ahli mengenai matlamat strategik jangka pendek dan jangka panjang institusi berkenaan.

    Presiden PUJA, Sr Haji Mohammad Hanafi bin Pehin Orang Kaya Digadong Seri Diraja Dato Laila Utama Haji Abdul Rahman, dalam ucapannya antara lain menumpu pada pelantikan ahli PUJA serta sumbangan kepada pelbagai institusi seperti Universiti Teknologi Brunei, IBTE, Politeknik Brunei, Climate Change Working Group, Green Building Committees dan jawatankuasa piawaian dalam beberapa Kementerian.

    Bengkel telah dikendalikan oleh Ir Awang Bahrin Mohammad, di mana penilaian terhadap kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman (SWOT) PUJA telah dilaksanakan.

    Bengkel diakhiri dengan mengenal pasti enam matlamat strategik utama untuk institusi, yang akan menyaksikan PUJA menyumbang kepada pembangunan Negara Brunei Darussalam dan memberikan nilai kepada profesion dan profesional dalam industri pembinaan dan petrokimia negara.

    Antara ahli PUJA Brunei yang menyertai bengkel tersebut. – Gambar serahan PUJA
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda