Tuesday, July 15, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perbadanan TAIB anjur kempen derma darah

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 JULAI – Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (Perbadanan TAIB) dan anak-anak syarikatnya, Insurans Islam TAIB Holdings Sendirian Berhad (IITHSB) dan Darussalam Holdings Sendirian Berhad (DHSB) menganjurkan Kempen Derma Darah sempena Hari Penderma Darah Sedunia yang berlangsung di The Airport Mall, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pengarah Urusan Perbadanan TAIB, Datin Hajah Hasnah binti Haji Ibrahim. Turut hadir ialah Pemangku Pengarah Urusan IITHSB, Zamzaipa binti Haji Ismail dan Pengarah Urusan DHSB, Haji Mahmud bin Haji Mohamed bersama pegawai serta kakitangan daru Perbadanan TAIB dan anak-anak syarikatnya termasuk warga komuniti sekitar.

    Kempen berkenaan telah diadakan dengan kerjasama Jerudong Park Medical Centre (JPMC) bermula pukul 10 pagi hingga pukul 2 petang dan telah berjaya menarik penyertaan menarik seramai 94 orang peserta dan telah 55 orang berjaya menderma darah.

    Sebahagian besar daripada jumlah itu adalah merupakan penderma tetap yang telah menderma darah secara berterusan, selain penyertaan penderma baharu yang pertama kali menyumbang demi membantu mereka yang memerlukan.

    Perbadanan TAIB dan anak-anak syarikatnya akan terus menyokong inisiatif kemasyarakatan seumpama ini, khususnya dalam usaha penambahan bekalan darah negara melalui penganjuran berterusan kempen derma darah pada masa akan datang.

    Datin Hajah Hasnah hadir selaku tetamu kehormat.
    Atas & Bawah: Antara yang tampil menderma darah semasa kempen berkenaan.

    Datin Hajah Hasnah bergambar ramai dengan para pegawai dan kakitangan Perbadanan TAIB dan anak-anak syarikatnya semasa kempen berkenaan.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda