60 sertai kursus Fiqh As-Shiam

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Mac – Seramai 60 orang pegawai dan kakitangan kerajaan dari pelbagai kementerian telah menghadiri kursus pengukuhan Islam Fiqh As-Shiam di Bangunan Darul Huda, Pusat Dakwah Islamiah, hari ini.

Kursus empat hari itu diisi dengan beberapa tajuk yang antaranya menyentuh mengenai pengertian puasa, hikmah berpuasa, syarat- syarat wajib puasa, syarat-syarat sah puasa, cara menentukan awal bulan Ramadan dan rukun berpuasa. Tenaga pengkursus terdiri daripada Pegawai Bahagian Penyebaran Dakwah, Haji Muskrisman Safari bin Haji Mustapa.

Kursus ini antara lain bertujuan menimbulkan kesedaran dan mengulangkaji pengetahuan yang sedia ada terhadap peserta supaya ia dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian dan melaksanakan ibadah dengan lebih sempurna.

Dengan adanya kursus ini juga ia dapat meningkatkan kefahaman, di samping menghayati ajaran Islam dengan penuh keyakinan serta ketakwaan kepada Allah SWT.

Antara peserta yang mengikuti kursus tersebut.