Sunday, April 27, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    60 warga Borneo United Enterprise derma darah

    Oleh Sim Y. H.

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Sept – Pusat Pendermaan Darah mengalu-alukan orang ramai untuk tampil ke hadapan dalam sama-sama menderma darah bagi membantu menambahkan lagi simpanan darah bagi kegunaan mereka yang memerlukan.

    Pusat berkenaan juga mengalu-alukan syarikat-syarikat swasta dan juga badan kebajikan yang ingin menderma darah untuk berkunjung ke pusat berkenaan bagi sama-sama menghulurkan bantuan.

    Sehubungan itu, seramai 60 orang pegawai dan kakitangan Syarikat Borneo United Enterprise Sdn Bhd mengambil bahagian di dalam Kegiatan Amal Menderma Darah yang diadakan di Pusat Pendermaan Darah (PPD), Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Bandar Seri Begawan, hari ini.

    Kakitangan Borneo United Entreprise yang mendermakan darah di kempen berkenaan.

    Kempen menderma darah anjuran syarikat berkenaan dengan kerjasama dari PPD disertai oleh pegawai dan kakitangan syarikat sebagai salah satu projek kebajikan tahunan syarikat.

    Menurut salah seorang kakitangan syarikat berkenaan, kempen itu merupakan kegiatan amal tahunan syarikat yang diadakan buat kali ketiga bagi tahun ini sejak mula mengadakannya tujuh tahun yang lalu.

    Syarikat Borneo United Entreprise juga berhasrat untuk terus mengadakan kempen tersebut bagi membantu golongan yang memerlukan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda