Sunday, May 11, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    600 bakal jemaah umrah DSSB hadiri taklimat

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 NOV – Hampir 600 orang jemaah umrah telah menghadiri Taklimat Pengurusan dan Tatacara mengerjakan umrah pada Disember yang dikendalikan oleh Darussalam Services Sdn Bhd (DSSB) di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas hari ini.

    Taklimat telah disampaikan oleh Penolong Pengurus Am di Jabatan Haji dan Umrah DSSB, Pengiran Haji Ibarahim bin Pengiran Haji Bakar.

    Semasa taklimat itu, para jemaah didedahkan cara pengurusan dan perjalanan sepanjang mengerjakan umrah, mempelajari cara-cara memakai ihram, praktikal tawaf dan saie.

    Bakal jemaah juga turut mendengarkan tazkirah yang menyentuh mengenai kaedah dan menghayati ibadah umrah supaya diberi kemanfaatan dan ilmu kepada mereka semasa mengerjakan ibadah umrah.

    Tazkirah disampaikan oleh Ketua Unit Komunikasi Korporat, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Haji Sammali bin Haji Adam.

    Bakal jemaah yang tidak dapat menghadiri taklimat, boleh menonton secara maya untuk memperolehi maklumat-maklumat terkini.

    Menurut kenyataan DSSB, selain kumpulan jemaah itu, beberapa rombongan lain juga akan ke tanah suci Disember ini.

    Kumpulan pertama dijangka berangkat ke Tanah Suci pada 3 Disember ini dan akan kembali ke tanah air pada 14 Disember.

    Bakal jemaah umrah mempelajari cara-cara memakai kain ihram.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda