Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    600 orang terjejas akibat banjir

    MARSEILLE, 29 OKT – Hampir 600 orang terperangkap di selatan Perancis kelmarin selepas banjir merosakkan jambatan di satu-satunya jalan menuju ke sebuah perkampungan percutian, dengan seorang datuk bandar tempatan berkata pihak berkuasa sedang berusaha untuk memindahkan mereka.

    “Matahari bersinar hari ini dan terdapat bekalan air serta elektrik, tiada siapa yang panik,” kata Liliane Boyer, datuk bandar Le Muy yang terletak di pertengahan antara Marseille dan Nice di tenggara Perancis.

    “Semua pihak berkuasa sedang berusaha untuk membenarkan para pelancong yang sepatutnya berangkat hari ini atau minggu ini dapat meninggalkan kawasan itu,” katanya.

    Perancis sedang berada di tengah-tengah cuti sekolah musim luruh selama dua minggu apabila ramai keluarga bercuti di tempat lain di negara itu.

    Perkampungan percutian Canebieres yang terdiri daripada rumah dan treler telah menampung 584 orang apabila hujan lebat dan banjir melanda tenggara Perancis pada hujung minggu.

    Tiga orang telah dipindahkan dengan helikopter atas sebab kesihatan pada lewat Ahad dan dibawa ke hospital di kawasan itu, kata pejabat wilayah Var.

    Bagi mereka yang perlu meninggalkan kampung itu terpaksa meminta untuk dibawa keluar dengan menggunakan kenderaan lasak melalui laluan hutan sebelum meneruskan perjalanan dengan kereta api atau kapal terbang, kata perkampungan Canebieres di laman webnya. – AFP

    Gambar Canva
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda