Monday, May 12, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    600 pempamer dijangka sertai pameran LIMA’23

    KUALA LUMPUR, 5 JAN – Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA’23) yang dijangka berlangsung pada 23 hingga 27 Mei ini, akan disertai lebih 600 syarikat pempamer daripada industri pertahanan tempatan dan antarabangsa.

    Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata 80 peratus daripada mereka telah menyatakan komitmen untuk menyertai pameran berkenaan.

    Beliau berkata LIMA’23 kali ini juga dijangka menarik kehadiran lebih 50,000 delegasi dari dalam dan luar negara.

    “Saya berharap LIMA’23 akan berjaya seperti penganjuran Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan Asia (NATSEC ASIA) pada tahun lepas.” – Bernama

    Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan menyampaikan ucapan pada Majlis Amanat Menteri Pertahanan 2023 di Auditorium Wisma Pertahanan kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda