Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    61 murid tadika Sekolah St Margaret dirai

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 18 NOV – Seramai 61 murid tadika dari Sekolah St Margaret meraikan detik penting dalam perjalanan akademik mereka menerusi majlis graduasi yang berlangsung di dewan utama sekolah berkenaan, baru-baru ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah ahli Lembaga Pengelola sekolah, Dona Bernardina Patrick. Turut hadir ialah para ibu bapa dan penjaga jemputan yang disambut oleh Pengetua sekolah, Liew Yong Kim, serta Penyelia Tadika, Monica anak Usit.

    Dalam ucapan perasmian, Monica menzahirkan penghargaan terhadap pencapaian para murid, sambil menyatakan graduan muda kita telah bekerja keras dan menunjukkan perkembangan yang amat membanggakan dari segi pembelajaran, keyakinan diri dan perkembangan sosial sepanjang tahun akademik, serta kini bersedia melangkah ke Tahun 1 sebagai fasa baharu dalam perjalanan pendidikan mereka.

    Beliau menambah pihak sekolah berharap dapat menyaksikan perkembangan berterusan para pelajar apabila mereka meneruskan pembelajaran, sama ada di dalam kelas mahupun melalui pengalaman di luar bilik darjah.

    Majlis diserikan dengan persembahan tarian dan nyanyian berbilang budaya oleh murid tadika, sebelum penyampaian sijil graduasi kepada pelajar yang diraikan.

    Acara diakhiri dengan ucapan penghargaan dalam bahasa Melayu Dan Inggeris oleh Dayang Liyan Salsabeel binti Awang Mohammad Azami dan Awang Furqan Ibrahim bin Muhammad Basir.

    Persembahan daripada murid tadika untuk menyerikan lagi majlis berkenaan. – Gambar oleh Daniel Lim
    Persembahan daripada murid tadika untuk menyerikan lagi majlis berkenaan. – Gambar oleh Daniel Lim
    Gambar oleh Daniel Lim
    Atas & Bawah: Salah seorang murid graduan menerima sijil mereka daripada tetamu kehormat. – Gambar oleh Daniel Lim
    Gambar oleh Daniel Lim

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda