Wednesday, March 19, 2025
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    61 orang diraikan pada majlis sungkai

    Oleh Daniel Lim – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 MAC – Seramai 61 orang terdiri daripada penghidap Sindrom Down daripada Persatuan Sindrom Down Brunei (ABLE) dan anak-anak yatim telah menyertai majlis sungkai baru-baru ini di Masjid An-Na’im, RPN Panchor Mengkubau.

    Acara yang dianjurkan oleh Kru Offshore Champion-7 Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd (BSP) itu adalah sebahagian daripada program BSPCares iaitu program kesukarelawanan yang pada mulanya dilancarkan sebagai tindak balas kepada pandemik COVID-19 di Brunei untuk membolehkan kakitangan BSP memberikan sokongan dan menyumbang ke arah bantuan COVID-19 negara.

    Sejak itu, program tersebut terus memberi inspirasi kepada lebih banyak kerja suka-relawan dalam kalangan kakitangan BSP yang terus menunjukkan keprihatinan dalam memberi sumbangan kepada masyarakat, seperti acara sungkai berkenaan.

    Acara dimulakan dengan bacaan Surah Yasin, Tahlil dan Doa Arwah dan kemudiannya diteruskan dengan sesi penyerahan sumbangan kepada penerima yang disempurnakan oleh Pengurus Pemasangan Offshore Champion-7. Acara seterusnya diikuti dengan solat Fardu Maghrib beramai-ramai.

    Sumbangan berjumlah $4,000 itu merupakan hasil yang dikumpulkan oleh warga Champion-7 termasuk kakitangan dari East Asset BSP. Acara diakhiri dengan bersungkai.

    Kru Offshore Champion-7 BSP bergambar ramai bersama para penerima. – GAMBAR SERAHAN BSP
    Salah seorang penerima menerima sumbangan semasa program tersebut. – GAMBAR SERAHAN BSP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda