Wednesday, April 23, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    61 orang murid SU Lumapas terima SSSRU

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Okt – Seramai 61 orang murid Sekolah Ugama (SU) Lumapas diraikan dalam Majlis Penyampaian Sijil Sekolah-sekolah Rendah Ugama (SSSRU) Darjah 6 untuk sesi 2017 yang berlangsung di dewan sekolah berkenaan, kelmarin.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan penyampaian sijil kepada para murid yang diraikan ialah Ketua Unit Pendidikan Khas Ugama, Haji Mohd Suffri bin Haji Omar. Turut hadir ialah Guru Besar SU Lumapas, Awang Mohd Khairuddin bin Haji Kamis selaku pengerusi majlis serta guru-guru dan ibu bapa para murid yang diraikan.

    Pada majlis berkenaan, lima orang murid telah berjaya memperoleh Pangkat 1 Agregat 5 iaitu Awang Mohd Al-Azem, Awang Mohd Danial, Dayangku Izzah Nabihah, Dayang Nur Adliyana dan Dayang Nurul Syazwana Nazifa.

    Awang Mohd Al-Azem dipilih sebagai penerima Anugerah Murid Cemerlang Keseluruhan, manakala Husainur Rahum dianugerahkan Anugerah Penghargaan Sepanjang Tahun kerana bergiat aktif di sekolah.

    Haji Mohd Suffri dan guru-guru Sekolah Ugama Lumapas bergambar ramai bersama para murid yang diraikan pada majlis berkenaan, kelmarin.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda