Oleh Yusrin Junaidi –
BANDAR SERI BEGAWAN, 1 MEI – Seramai 61 orang murid Darjah 6 Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Majeedah Nuurul Bolqiah, Kilanas telah diraikan pada majlis khatam Al-Quran yang diadakan di Dewan Ar-Rahmah, Kompleks Mim-Nun Jaya, Jalan Bebatik-Kilanas, Kampung Kilanas, hari ini.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Ketua Kampung Kilanas, Haji Mohammad Ameerolbahrynee bin Haji Abdul Hamid yang memimpin bacaan Surah Al-Fatihah bagi memulakan majlis.
Majlis kemudian menyaksikan bacaan surah-surah pilihan daripada para peserta khatam dan diteruskan dengan bacaan takhtim oleh murid-murid perempuan sekolah agama berkenaan. Manakala bacaan dikir oleh murid-murid lelaki juga dari sekolah yang sama.
Acara diselajurkan dengan merenjis minyak wangian dan kemudiannya penyampaian sijil kepada para peserta khatam.
Turut hadir pada majlis itu ialah para pegawai dari Jabatan Pengajian Islam, guru-guru besar serta para ibu bapa dan penjaga peserta khatam.



