Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    $6,100 disumbangkan kepada Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 DIS – Sejumlah $6,100 daripada dua syarikat telah diserahkan untuk Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin di Gaza pada majlis yang berlangsung di bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, hari ini.

    Hadir bagi menerima sumbangan berkenaan ialah Pemangku Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan
    (KKBS), Dayang Mirany Floridzah binti Abdul Rahman.

    Menurut kenyataan yang diberikan, Syarikat Armada Properties Sdn Bhd (Armada) menyumbangkan $5,000 yang disampaikan oleh Pengurus Kanan Perkhidmatan Korporat Armada, Dayang Shahrinah binti Haji Mohd Yusof Khan.

    Manakala itu, Koperasi Berkat Kerjakaras Semua Sanang (BKSS) menyumbangkan $1,100 yang disampaikan oleh Pengerusi BKSS, Haji Mohd Salleh bin Haji Mohiddin.

    Turut hadir menyaksikan penyerahan tersebut ialah pegawai-pegawai dari JAPEM dan agensi-agensi berkenaan.

    Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin di Gaza 2023 telah dibukakan kepada orang ramai selama tiga bulan bermula 18 Oktober lalu hingga 18 Januari 2024.

    Ia merupakan sebuah platform yang disediakan oleh pihak kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bagi memberikan peluang kepada orang ramai menyumbangkan derma berbentuk kewangan secara langsung dan membolehkan pelbagai pihak menganjurkan aktiviti-aktiviti amal dan kebajikan bagi tujuan kutipan derma tersebut.

    ATAS & BAWAH: Dayang Mirany Floridzah menerima sumbangan untuk Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin di Gaza yang disampaikan oleh Dayang Shahrinah dan Haji Mohd Salleh di bangunan KKBS, kelmarin. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda