Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    61,000 kanak-kanak jadi mangsa konflik Israel-Palestin – UNICEF

    GENEVA, 8 OKT – Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) berkata kelmarin dalam tempoh dua tahun sejak tercetusnya konflik Israel-Palestin, kira-kira 61,000 kanak-kanak dilaporkan terbunuh atau cacat.

    Bercakap pada sidang media di Geneva, Switzerland jurucakap UNICEF, Ricardo Pires berkata secara purata, seorang kanak-kanak terbunuh atau cedera setiap 17 minit sambil menyifatkan angka itu sebagai ‘tidak boleh diterima dan mengejutkan’.

    Pires menzahirkan rasa kesal terhadap hakikat bahawa kanak-kanak telah, “menderita dari segi fizikal dan mental untuk tempoh yang terlalu lama,” terus mengalami trauma dan, “terdedah kepada kengerian yang tidak sepatutnya dilihat atau dialami oleh mana-mana kanak-kanak.”

    Beliau menyatakan bahawa di Gaza, seorang daripada lima bayi dilahirkan pramatang, namun wilayah itu kekurangan infrastruktur penting untuk memastikan kelangsungan hidup mereka, dengan adanya laporan bahawa kanak-kanak terpaksa berkongsi topeng oksigen untuk terus hidup.

    UNICEF juga memaklumkan bahawa pasukannya di Gaza masih menunggu kebenaran untuk membawa masuk inkubator dan ventilator bagi bayi pramatang yang dipindahkan dari utara Semenanjung Gaza.

    “Kami telah berjaya memindahkan bayi-bayi itu ke kemudahan lain apabila hospital tempat mereka dirawat perlu dikosongkan, tetapi kami belum berjaya memindahkan inkubator (kerana) kebenaran masih belum diberikan,” kata Pires. – Bernama

    Murid-murid Palestin bersenam di halaman sekolah yang ditubuhkan oleh Persatuan Kebudayaan Mayasem dengan sokongan UNICEF di kawasan al-Qarara Khan Yunis, Gaza. Kira-kira 61,000 kanak-kanak dilaporkan terbunuh atau cacar. – Gambar fail AFP

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    12 jemaah sertai pertandingan membaca Al-Quran

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Projek naik taraf bekalan elektrik di Samarahan siap 2028 – Abang...

    Berita Berkaitan

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Oleh Sim Y. H. -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Tang Jie-Ee Wei rangkul juara Terbuka Australia

    KUALA LUMPUR, 23 NOV – Beregu campuran utama Malaysia,...

    Berangkat hadir Majlis Penutupan Rasmi ISG6

    Oleh Sim Y. H - BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Sisa makanan jadi bahan utama kebun komuniti lestari

    Oleh Soon Li Wei KUALA LUMPUR, 23 NOV - Di tengah-tengah hiruk...

    Terkini

    12 jemaah sertai pertandingan membaca Al-Quran

    Oleh Daniel Lim - BELAIT, 23 NOV — Seramai 12...

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Oleh Sim Y. H. -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Projek naik taraf bekalan elektrik di Samarahan siap 2028 – Abang...

    KUCHING, 23 NOV - Projek naik taraf bekalan elektrik...

    Susyi Jepun cipta rekod Guinness tuna terbesar

    CHIBA, 23 NOV - Rangkaian restoran susyi Jepun Choushimaru...