62 hari Vietnam bebas COVID-19

HANOI, 18 JUN – Vietnam masih berjaya mengekalkan sifar kes baharu COVID-19 untuk tempoh 62 hari berturut-turut menjadikan jumlah jangkitan di negara ini kekal 335 tanpa kematian, menurut Jawatankuasa Pemandu untuk Pencegahan dan Kawalan COVID-19.

Antara kes jangkitan itu membabitkan 195 kes import, yang dikuarantin semasa ketibaan, lapor agensi berita Vietnam (VNA). Jumlah pesakit sembuh pula keseluruhannya seramai 325. – Bernama