Thursday, March 20, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    62 liter darah berjaya dikumpul

    Oleh Salawati Haji Yahya

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Julai – Sebanyak 62 liter darah berjaya dikumpul dalam Kempen Derma Darah Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah (Maktab Duli) yang berlangsung di dewan maktab berkenaan, hari ini.

    Kempen berkenaan merupakan salah satu acara tahunan maktab berkenaan yang dianjurkan oleh Unit Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS).

    Sebelum menderma, pelajar sukarela, guru dan kakitangan Maktab Duli menjalani pelbagai pemeriksaan untuk memastikan kesihatan, kecergasan dan layak untuk membuat pendermaan darah.

    Antara tenaga pengajar maktab berkenaan ketika membuat pendermaan darah.
    Antara tenaga pengajar maktab berkenaan ketika membuat pendermaan darah.

    Kempen tersebut antara lain bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar yang baru berusia 18 tahun untuk merasakan pengalaman menderma selain menjadikan menderma darah sebagai aktiviti tetap mereka dalam usaha membantu mereka yang memerlukan darah.

    Di samping itu juga bagi membantu Pusat Pendermaan Darah memenuhi misi bagi memastikan ketersediaan bekalan darah yang selamat dan boleh dipercayai.

    Kempen telah dijayakan oleh 13 pegawai termasuk Ketua Penyelia Bank Darah, Haji Matusop bin Haji Daud dan pegawai perubatan lain bagi melancarkan lagi aktiviti tersebut.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda