ISTANBUL, 11 MEI – Kira-kira 62 orang disahkan maut manakala 50 lagi dilaporkan hilang selepas banjir besar melanda beberapa kampung di sepanjang Tasik Tanganyika di wilayah Kivu Selatan, timur Republik Demokratik Congo (DR Congo), menurut pegawai kelmarin, lapor agensi Anadolu (AA).
Kejadian Jumaat lalu berlaku kira-kira 5 pagi waktu tempatan apabila banjir menenggelamkan kampung Kasaba di sektor Ngandja, menurut saksi.
Hujan lebat mencetuskan banjir, menghanyutkan rumah serta memutuskan hubungan komunikasi.
Menteri Kesihatan Wilayah Kivu Selatan Theophile Walulika Muzaliwa memberitahu Arab News melalui telefon bahawa usaha mencari dan menyelamat berdepan kesukaran. – Bernama
