Tuesday, July 15, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    62 sertai Program Masyarakat Bermaklumat

    TEMBURONG, 17 JUN – Seramai 62 orang peserta yang terdiri daripada penduduk Mukim Labu, Daerah Temburong telah menyertai majlis pembukaan bagi Program Masyarakat Bermaklumat (PMB) yang berlangsung selama dua hari bermula kelmarin, bertempat di Dewan Auditorium, Jabatan Penerangan.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pegawai Penerangan Kanan, Ketua Bahagian Cawangan Daerah, Haji Fathi Foad bin Dato Seri Setia Haji Abu Bakar. Turut hadir ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir, selaku Pemangku Penghulu Zon 1 dan Ketua Kampung Labu Estate dan Kampung Piasau-Piasau.

    Dayang Izzah Hazirah semasa menyampaikan ucapan alu-aluan. – Gambar serahan Jabatan Penerangan

    Program yang diungkayahkan oleh Jabatan Penerangan menerusi Cawangan Penerangan Daerah Temburong, Bahagian Cawangan Daerah itu adalah untuk memahami, menyokong dan menghargai usaha-usaha kerajaan dalam sama-sama membangun negara terutamanya bagi mencapai Wawasan Brunei 2035.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang dikepalai oleh wakil belia Kampung Labu Estate, Awang Mohd Iffat Imani bin Husaini dan diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Ketua Cawangan Penerangan Daerah Temburong, Dayang Izzah Hazirah binti Haji Adi Othman.

    Gambar serahan Jabatan Penerangan
    Gambar serahan Jabatan Penerangan

    Dalam ucapannya, antara lain menyentuh tujuan utama program tersebut ialah untuk memberikan pendedahan dan pemahaman yang lebih mendalam dengan matlamat untuk membentuk masyarakat yang celik maklumat, menyokong dasar negara dan memahami tanggungjawab bersama dalam membangun negara ke arah Wawasan Brunei 2035.

    Semasa program itu, tiga elemen penting yang disentuh iaitu keselamatan awam melalui pendedahan tentang isu jenayah siber, penipuan dan pengurusan bencana yang berkesan;  kesejahteraan komuniti melalui pengetahuan mengenai strok dan kesiapsiagaan menghadapi situasi berkenaan; dan keusahawanan sebagai langkah ke arah kehidupan yang lebih berdikari dan mapan.

    Antara tujuan utama program itu adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang peranan dan tanggungjawab kita dalam membangun negara; meningkatkan kefahaman mengenai dengan bidang keusahawanan dan program- program yang ditawarkan oleh agensi-agensi kerajaan atau pun swasta; memahami usaha-usaha kerajaan dalam mengatasi isu pengangguran dan mendorong pertumbuhan ekonomi; dan memberikan inspirasi melalui lawatan sambil belajar ke perusahaan-perusahaan tempatan.

    Selaras dengan tujuan program iaitu untuk menyuntik semangat dan menginspirasi anggota masyarakat dalam usaha-usaha meningkatkan taraf hidup, pengetahuan serta pendedahan kepada aktiviti-aktiviti peningkatan kapasiti dan pengetahuan, program ini telah disusun atur dengan beberapa sesi taklimat dan lawatan ke agensi-agensi kerajaan dan pengusaha-pengusaha tempatan yang terpilih.

    Haji Fathi Foad dan Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bergambar ramai semasa program berkenaan. – Gambar serahan Jabatan Penerangan
    Gambar serahan Jabatan Penerangan

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda