Thursday, October 10, 2024
30.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    625 pelajar baru sertai UTB

    Oleh Sim Y. H. 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 JULAI – Seramai 625 pelajar baru Universiti Teknologi Brunei (UTB) yang memulakan pengajian dialu-alukan dalam Majlis Ucapan Naib Canselor Tahun Akademik 2024/2025 yang berlangsung di Dewan Serbaguna, Fasa 3, UTB, hari ini.

    Hadir untuk menyampaikan ucapan dan mengalu-alukan pelajar-pelajar baru berkenaan ialah Naib Canselor Universiti Teknologi Brunei, Datin Paduka Profesor Dr Dayang Hajah Zohrah binti Haji Sulaiman.

    Dalam majlis berkenaan, pelajar-pelajar baru pengambilan tahun akademik 2024/2025 melafazkan ikrar mereka di hadapan pegawai-pegawai utama, pensyarah serta kakitangan UTB.

    Ucapan dari naib canselor UTB itu adalah sebahagian dari acara dalam Minggu Orientasi UTB 2024 yang bermula 16 Julai hingga 20 Julai. Minggu orientasi yang dianjurkan oleh Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi Brunei (MPPUTB) mengetengahkan pelbagai aktiviti yang direka khusus untuk membantu pelajar-pelajar baru menyesuaikan diri mereka kepada kehidupan universiti.

    Antara aktiviti yang diadakan adalah termasuk sesi taklimat oleh pegawai-pegawai dan bahagian-bahagian relevan UTB, pengenalan kepada sekolah-sekolah dan fakulti, pelbagai ceramah kesedaran, keagamaan, kaunseling dan motivasi oleh penceramah-penceramah undangan, lawatan kampus serta program-program kesukarelawanan.

    Pada masa yang sama, pameran aktiviti kokurikulum juga diadakan untuk memperkenalkan pelbagai aktiviti, organisasi dan kelab untuk diterokai serta mengambil pendaftaran para pelajar baru itu.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda