Tuesday, September 17, 2024
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    63 kematian dicatatkan dalam kemalangan lebuh raya Myanmar

    YANGON, 10 SEPT – Seramai 63 orang terbunuh dan 233 cedera dalam 128 kemalangan jalan raya di lebuh raya Yangon-Mandalay di Myanmar dalam tempoh lapan bulan pertama tahun 2024, menurut Pasukan Polis Trafik Lebuhraya Nay Pyi Taw kelmarin.

    Dari 1 Januari hingga 31 Ogos, mangsa yang meninggal dunia termasuk 43 lelaki dan 20 wanita, manakala yang cedera termasuk 145 lelaki dan 88 wanita.

    Tahun lalu, 106 kemalangan jalan raya yang direkodkan mengakibatkan 63 kematian dan 206 kecederaan, kata seorang pegawai dari Pasukan Polis Trafik Lebuhraya Nay Pyi Taw kepada Xinhua.

    Punca utama kemalangan kereta di Myanmar adalah kerosakan kenderaan, kesilapan manusia, dan keadaan jalan raya serta cuaca.

    Kebanyakan kemalangan jalan raya di negara ini berpunca daripada pemanduan melulu, katanya.

    Bagi mengurangkan kemalangan jalan raya di lebuh raya, program kesedaran awam dijalankan dan peranti radar digunakan untuk mengukur kelajuan kenderaan di sepanjang lebuh raya, dan tindakan diambil terhadap kenderaan yang memandu laju, tambahnya.

    Dirasmikan pada Disember 2010, lebuh raya Yangon-Mandalay sepanjang 587 km itu menghubungkan bandar komersial negara, Yangon dan bandar kedua terbesar, Mandalay. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda