Saturday, March 1, 2025
28.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    63 kubur era Rom ditemui

    BANDAR GAZA, 13 DIS – Pihak berkuasa Hamas di Gaza mengumumkan penemuan lebih 60 makam di tapak pengebumian lama yang wujud sejak era Rom.

    Pekerja telah menggali di tapak itu sejak ia ditemui pada Januari lalu semasa persediaan untuk projek perumahan yang dibiayai Mesir.

    Hiyam al-Bitar, penyelidik dari Kementerian Antikuiti dan Pelancongan, berkata sejumlah 63 kubur telah dikenal pasti selain satu set tulang dan artifak dari salah sebuah kubur yang wujud sejak kurun kedua Masihi.

    Beliau berkata kementerian sedang bekerjasama dengan sekumpulan pakar Perancis untuk mengetahui lebih mendalam mengenai tapak itu. – AP

    Pekerja Palestin menggali di tanah perkuburan Rom yang baru ditemui di Beit Lahia di utara Semenanjung Gaza pada 12 Disember 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda