Monday, July 8, 2024
23 C
Brunei

    -

    63 pain darah berjaya dikumpul

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 JULAI – Sebanyak 63 pain darah berjaya dikumpulkan semasa kempen derma darah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang diadakan di Ruangan Lobi JPA, hari ini.

    Kempen antara lain bertujuan untuk menggalakkan tanggungjawab sosial terhadap masyarakat dalam kalangan warga perkhidmatan awam dan orang ramai, selain meningkatkan kesedaran tentang manfaat menderma darah terhadap tubuh badan dan kesihatan penderma.

    Dengan adanya kempen ini juga secara tidak langsung akan mendedahkan warga perkhidmatan awam dan orang ramai untuk menjadikan menderma darah sebagai satu tabiat sepanjang hayat.

    Selain itu, secara tidak langsung dapat membantu menambah jumlah bekalan darah bagi mereka yang memerlukan.

    Di samping membantu Pusat Penderma Darah memenuhi misi bagi memastikan ketersediaan bekalan darah yang selamat dan boleh dipercayai.

    Kempen ini juga dapat memupuk semangat saling bantu-membantu dalam kalangan warga jabatan serta kakitangan bersama agensi kerajaan dan masyarakat amnya di daerah ini.

    Kempen di anjurkan oleh JPA melalui Bahagian Perkhidmatan Personel dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah sebagai aktiviti tahunan jabatan.

    ATAS & BAWAH: Antara yang menyertai kempen derma darah anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam. – GAMBAR SERAHAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM
    GAMBAR SERAHAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua askar, enam suspek militan terbunuh dalam pertempuran di Kashmir

    NEW DELHI, 7 JULAI – Dua anggota tentera dan enam suspek militan terkorban dalam dua pertempuran berasingan di Kashmir yang ditadbir India, menurut polis, hari...