Wednesday, April 2, 2025
27.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    63 pain darah dikutip di Daerah Tutong

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    TUTONG, 6 OKT – Sebanyak 63 pain darah telah berjaya dikumpulkan dalam kempen yang diadakan di Dewan Kemasyarakatan Tutong, hari ini, lokasi pertama bagi kempen derma darah sempena Festival Sambutan Hari Belia Kebangsaan 2022.

    Dikendalikan oleh Jabatan Belia dan Sukan Cawangan Daerah Tutong dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah, Jabatan Makmal, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), Kementerian Kesihatan, kempen itu disertai oleh warga perkhidmatan awam, sektor swasta, pasukan-pasukan beruniform, persatuan-persatuan belia dan sukan, sukarelawan, penduduk mukim dan kampung serta orang persendirian.

    Kempen akan diteruskan lagi di Daerah Temburong pada 22 Oktober bertempat di Dewan Bukit Retak, Pusat Belia, Bangar, dan diikuti di Daerah Belait sebelum diakhiri di Daerah Brunei dan Muara.

    Antara objektif kempen ini ialah untuk memberikan kesedaran kepada orang  awam mengenai kepentingan menderma darah yang boleh menyelamatkan banyak nyawa dan membantu pihak Pusat Pendermaan Darah, Hospital RIPAS bagi keperluan menambah lagi stok darah yang ada pada masa ini.  

    Ia juga bertujuan bagi mewujudkan  masyarakat yang bersatu padu dalam semua aspek dan pengendalian kerja-kerja sosial.

    Diharap pada masa akan datang hubungan kerjasama berkenaan akan dapat diteruskan dan menyokong usaha pendekatan seluruh negara untuk bersatu bagi menolong masyarakat dalam aktiviti yang bermanfaat. 

    Antara yang menderma darah semasa kempen di Daerah Tutong, kelmarin.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda