Oleh Nurdiyanah R. – BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV – Seramai 63 pelajar Tahun 11 Sekolah Menengah Berakas (SMB) telah diraikan pada Majlis Khatam Al-Quran setelah berjaya mengkhatamkan bacaan 30 juzuk. Majlis yang diadakan di Dewan Anggerek, sekolah tersebut baru-baru ini dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Selawat Tafrijiyyah dan diikuti dengan Surah Al-Fatihah beramai-ramai