Friday, March 21, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    64 berentap di Kejuaraan Merce Snooker 2021

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 JULAI – Komuniti snuker dan billiard tempatan kembali ke aksi kompetitif setelah lama berhenti kerana wabak koronavirus berikutan bermulanya Kejuaraan Merce Snooker 2021 di Kafe Merce Snooker di Kiulap, baru-baru ini.

    Separuh daripada 64 peserta dari kumpulan A dan B telah mempamerkan persembahan yang baik pada pusingan awal dengan wajah-wajah yang tidak asing lagi menyertai kejohanan yang telah lama dinantikan.

    Enam belas peserta daripada kedua-dua kumpulan menghampiri ke tempat di lapan teratas setelah memenangi pertandingan pusingan pembukaan mereka dan akan menantikan pusingan seterusnya pada 28 Julai ini untuk Kumpulan A dan 29 Julai untuk Kumpulan B. Dalam Kumpulan A, Pengiran Basheer mengalahkan Leo Yong 2-0 dengan Nuraleem juga menang 2-0 menentang Raja Leong.

    Awang Faisal berjaya mengalahkan Hardeeman 2-1 dengan Chai Chang Fong mengikutinya selepas kemenangan 2-0 ke atas Isyraq Jeffry.

    Pusingan pembukaan juga menyaksikan pertarungan personaliti snooker antara Haji Kamarulzaman dan Wong Ru Sheng. Sementara Lim Wei Kok menang 2-1 ke atas Pengiran Sofyuddin dengan Asrizal dan Koh Yaw Boon menyertainya se-telah masing-masing menang ke atas Pengiral Rijal dan Serabah Abas.

    Sementara itu dalam Kumpulan B, Hemran Jamil mengesahkan kemenangannya 2-1 ke atas Fahmi sementara James Jasmir mengalahkan Yap Teck Chung 2-0.

    Perlawanan pada sesi petang juga menyaksikan Khurram Shahzad memulakan kempennya dengan kemenangan 2-1 ke atas Jimmy Lim sementara Azim Bakar juga berjaya mendapat tempat dalam perlawanan setelah menang 2-1 ke atas Benny Boy. Seterusnya pada sesi malam perlawanan diteruskan dengan Gibson Thian memenangi perlawanannya melalui walkover sementara Khairul Anwar, Zairul Nazmi dan Alias ​​Rashid semuanya mencatatkan kemenangan dengan menyingkirkan Mohd Hanafiee, Faris dan Haji Rahman.

    Perlawanan juga akan diteruskan dengan perlawanan pembukaan bagi Kumpulan C hari ini manakala perlawanan Kumpulan D akan berlangsung pada 27 Julai.

    Antara aksi salah seorang pemain semasa Kejuaraan Merce Snooker 2021 baru-baru ini.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda