Wednesday, May 14, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    64% penduduk terima satu dos vaksin

    Oleh Syahmi Hassan
    Gambar oleh Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 SEPT – Setakat 29 September, sebanyak 64 peratus iaitu 290,319 orang penduduk di negara ini telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19. Manakala itu, 192,544 penduduk telah menerima suntikan COVID-19 lengkap.

    Perkara tersebut dikongsikan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar semasa Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam, hari ini.

    Dengan yang demikian, jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan dos kedua vaksin COVID-19 ialah sebanyak 482,863 sejak 3 April 2021, katanya.

    Daerah Brunei dan Muara mencatatkan jumlah pemberian vaksin tertinggi iaitu sebanyak 316,031 dengan 182,025 bagi dos pertama, dan 134,006 bagi dos kedua kemudian diikuti oleh Daerah Tutong iaitu sebanyak 60,923 pemberian vaksin dengan 34,591 bagi dos pertama, dan 21,058 bagi dos kedua.

    Daerah Belait mencatatkan sebanyak 55,649 pemberian vaksin iaitu 37,386 bagi dos pertama dan 23537 bagi dos kedua sementara itu, Daerah Temburong mencatatkan sebanyak 50,260 pemberian vaksin iaitu 36,317 bagi dos pertama, dan 13,943 bagi dos
    kedua.

    Yang Berhormat Menteri Kesihatan semasa mengongsikan statistik terkini jumlah penduduk yang telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda