Tuesday, March 18, 2025
29.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    65 pasukan sertai tarian singa dan naga

    KUALA LUMPUR, 4 DIS – Sebanyak 65 pasukan mengesahkan penyertaan bagi merebut kejuaraan dalam Kejohanan Tarian Naga dan Singa Kebangsaan ke-11 (2022) yang akan berlangsung dari 16 hingga 18 Disember, di Stadium Sultan Abdul Halim Alor Setar, Kedah.

    Daripada 65 pasukan itu, seramai 400 orang atlet dari 12 negeri akan berentap dalam lapan kategori iaitu Tarian Singa Lutsinar, Tarian Singa Tradisional, Tarian Singa Akrobatik Atas Tiang, Tarian Naga Akrobatik, Tarian Naga Lut Sinar, Tarian Singa Bei Shi, Tarian Naga Pecut dan Tarian Singa Berhalangan.

    Negeri terlibat ialah Johor, Melaka, Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Kelantan, Pahang, Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur dan Putrajaya. Pengerusi Persekutuan Tarian Naga dan Singa Malaysia, Datuk Martin Lim Soon Seng berharap kejohanan ini mampu melahirkan lebih ramai atlet bertaraf antarabangsa selepas hampir dua tahun tidak dianjurkan berikutan pandemik COVID-19. – Bernama

    Setiausaha Agung MOM, Datuk Mohd Nazifuddin Mohd Najib. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda