Monday, September 30, 2024
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    653 bas percuma sempena perayaan Pchum Ben

    PHNOM PENH, 29 SEPT – Kemboja hari ini mula menyediakan perkhidmatan bas percuma untuk membawa orang ramai pulang ke kampung halaman mereka sempena perayaan Pchum Ben, atau Hari Nenek Moyang, yang akan disambut dari 1 hingga 3 Oktober.

    Gabenor Bandaraya Phnom Penh, Khuong Sreng berkata atas nasihat Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet, sebanyak 653 bas telah disediakan untuk memberi perjalanan percuma kepada sesiapa sahaja yang melakukan perjalanan dari ibu kota Phnom Penh ke kampung halaman mereka dan sebaliknya. Perkhidmatan tersebut bermula dari 29 September hingga 4 Oktober.

    “Perkhidmatan bas percuma ini bertujuan untuk memudahkan perjalanan orang ramai ke kampung halaman mereka dan bagi menghalang syarikat bas persendirian dan pemandu teksi daripada menaikkan tambang semasa cuti,” katanya semasa lawatan ke stesen bas hari ini.

    Sreng berkata perkhidmatan percuma ini akan membantu mengurangkan kos perjalanan orang ramai, terutamanya pekerja migran semasa perayaan tersebut.

    Perayaan Pchum Ben ialah perayaan kedua terbesar bagi rakyat Kemboja selepas Tahun Baharu Lunar Khmer.

    Semasa cuti ini, ratusan ribu pekerja migran meninggalkan ibu negara untuk pulang ke kampung halaman mereka di pelbagai wilayah di seluruh negara Asia Tenggara itu. – Xinhua

    Gambar Unsplash
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda